ATMOSPHERE

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pencemaran udara dalam rumah adalah faktor risiko kesihatan yang kelapan paling penting dan bertangggungjawab terhadap 2.7% daripada beban penyakit global, seperti pneumonia, penyakit pernafasan kronik dan kanser paru-paru dan sebagainya. Setiap tahun, pencemaran udara dalam rumah bertanggung jawab terhadap kematian 1.6 juta orang – iaitu satu kematian setiap 20 saat.

Menurut Agensi Perlindungan Alam Sekitar AS (EPA), udara dalam rumah anda mungkin lebih tercemar berbanding udara di luar rumah. Dan ia mungkin mengandungi bahan cemar dan pencemar yang boleh menjejaskan kesihatan keluarga anda.

Purata orang bernafas adalah kira-kira 13,000 liter udara setiap hari, tetapi kebanyakan udara itu dipenuhi pencemar, bahan cemar dan kekotoran yang anda tidak boleh lihat. Udara dalam rumah boleh mengandungi pelbagai pencemar dan bahan pencemar termasuk:
• spora kulat
• debunga
• bakteria
• hama habuk
• asbestos
• hasil reputan radon
• partikel dan kotoran lain yang boleh dan tidak boleh dilihat


Fikirkan semula


Tidak ramai yang sedar akan bahaya yang berlegar di sekitar empat penjuru dinding dan bumbung, terutama apabila tempat itu ada penyaman udara. Menurut satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of Ensearch, masalah kualiti udara dalam rumah di Malaysia sama teruknya dengan di tempat-tempat lain di dunia. Ramai orang mungkin tidak menyedarinya, kita sebenarnya menghabiskan kira kira 90% daripada masa kita di dalam rumah.

Sumber-sumber Pencemaran Udara Dalam Rumah

✔ Bahan cemar yang dibebaskan daripada bahan binaan atau perabot seperti asbestos, formaldihid, wasap daripada varnis, dan gentian daripada langsir dan permaidani.
✔ Bahan cemar yang dihasilkan oleh aktiviti manusia seperti asap rokok, bersin, penggunaan agen bahan pencuci, perekat, cecair pemadam, penyembur aerosol, wasap daripada mesin salin.
✔ Bahan cemar yang masuk ke dalam bangunan bersamasama udara luar tetapi dalam kepekatanyang lebih rendah,lazimnya 25-75 % daripada paras di luar.
✔ Bahan cemar menyusup masuk menerusi retakan atau kebocoran di dalam struktur, contohnya radon.
✔ Mikrorganisma termasuk kulat dan bakteria.


Penulen Udara ATMOSPHERE Kuasa untuk Mengubah                                           Persekitaran Anda

                                                                          

Tidak seperti kebanyakan sistem penurasan udara di pasaran yang hanya mengedarkan semula udara tercemar yang sama, Penulen Udara ATMOSPHERE, terima kasih kepada teknologi penulenan inovatif, mampu bukan sahaja melindungi anda dan yang tersayang, tetapi juga mengubah persekitaran di rumah anda supaya menjadi lebih baik. 

Tiada penulen udara lain di pasaran hari ini mempunyai keseimbangan teknologi dan ciri-ciri Penulen Udara ATMOSPHERE:
 • Kapasiti dan keberkesanan sistem penurasan ClarusTM yang berpemukaan luas
 • Keberkesanan senyap PureflowTM.
 • Keupayaan pemantauan automatik dan perlindungan Intelli-Sense.
 • Prestasi tindakan pantas Kuasa Turbo.

Senyap, Efisien, Pintar 




PERINGKAT 1
Udara yang tercemar disedut pada kelajuan yang rendah ke arah bahagian hadapan unit tersebut untuk mengurangkan kebisingan.Udara yang tercemar masuk dan mengelilingi pengadang di hadapan di mana ia bertembung dengan Prapenuras, tahap penurasan yang pertama. Prapenuras menyingkirkan partikel-partikel besar yang kelihatan seperti gegebu.


PERINGKAT 2
Peringkat kedua terdiri daripada Penuras HEPA yang menyingkirkan bahan cemar seperti asap, bakteria dan virus, juga partikel-partikel bersaiz sekecil 0.009. Penuras HEPA telah mencatatkan keefisienannya sehingga 99.99%.



PERINGKAT 3
Peringkat terakhir ialah Penuras Bau berasaskan karbon yang diaktifkan di mana bau-bauan yang tidak menyenangkan, seperti bau tembakau, binatang peliharaan, bau masakan, formaldehid, dioksin dan ozon disingkirkan.


Peringkat 4
Udara yang ditulenkan akan keluar melalui bahagian belakang dan ke atas melalui jeriji bahagian belakang rangka luar pada halaju yang tinggi untuk mengekalkan campuran udara bilik yang baik.Campuran udara bilik adalah aspek yang sangat penting dalam pembersihan sesebuah bilik.Semua sistem rawatan udara bertindak dengan pencairan iaitu sistem akan sentiasa mencairkan udara yang tercemar dalam sesebuah bilik atau udara yang ditulenkan akan dikeluarkan daripada unit.

Kos Penggunaan Kuasa
Kelajuan Normal (8 jam)     =  RM0.007 @ RM0.21 sebulan.
                            (24 jam)    =   RM0.021 @ RM0.63 sebulan.

Turbo                  (8 jam)      =   RM0.103 @ RM3.09 sebulan.
                           (24 jam)    =   RM0.309 @ RM9.27 sebulan.



Prestasi yang Anda Boleh Percayai

Penulen Udara ATMOSPHERE telah dianugerahkan pensijilan/pematuhan pihak ketiga ini:
• Pengilang Peralatan Rumah Amerika (AHAM).
• Jabatan Tenaga AS – pengesahan Energy Star®.
• JBE

LOGO AHAM
Penulen Udara ATMOSPHERE telah diuji menurut Program Pensijilan AHAM (ANSI/ AHAM
AC -1) dan disyorkan untuk kegunaan dalam satu bilik bertutup sehingga 390 kaki persegi/ 36 meter persegi dari segi ukuran. Pengkadaran saiz bilik mematuhi kriteria Program Pensijilan AHAM iaitu 80% pengurangan asap.

ENERGY STAR
ATMOSPHERE telah memperolehi ENERGY STAR dengan memenuhi garis panduan
yang ketat dari segi keefisienan tenaga yang ditetapkan oleh US EPA & US DOE.

STANDARD KESELAMATAN IEC
Mematuhi standard keselamatan JBE: Keselamatan barangan rumah dan peralatan elektrik yang serupa.







Penyenggaraan

Pembersihan Permukaan Luar
Lap permukaan luar dengan kain lembap dan keringkan. Jika sangat kotor, guna larutan detergen yang lembut, seperti Pencuci Pelbagai Guna L.O.C.Jangan guna pembersih melelas atau produk yang mengandungi ammonia, alkohol, atau pencair cat. Pencuci-pencuci ini boleh merosakkan permukaan.

Monitor Penuras

Prapenuras
(Peringkat 1)

Penuras HEPA
(Peringkat 2)
Penuras Bau
(Peringkat 3)
Tindakan yang Diperlukan
Bersihkan apabila perlu
Penuras ganti sahaja.
Penuras ganti sahaja
Jangka hayat
Berbeza antara 2 dan 12 bulan, bergantung pada waktu penggunaan/hari dan kelajuan operasi.
Berbeza antara 1 tahun dan 5 tahun, bergantung pada waktu penggunaan/hari dan kelajuan operasi dan bacaan Sensor Partikel.
Tempoh hayat berbeza antara 6 dan 12 bulan, bergantung pada waktu penggunaan/hari dan kelajuan operasi.
Cadangan
Bersihkan Penuras Sensor Intelli-Sense (Partikel) pada masa yang sama ketika membersihkan Prapenuras.
Ganti setiap 5 tahun, tanpa mengambil kira kelajuan atau waktu penggunaan untuk menghapuskan risiko pencemaran pada penuras.
Ganti setiap 12 bulan, tanpa mengambil kira kelajuan atau waktu penggunaan.

SASARAN PELANGGAN/PENGGUNA


✔ Penghidap Asma
✔ Masalah paru-paru
✔ Pejabat-Pejabat
✔ Universiti-universiti
✔ Klinik-klinik
✔ Rumah
✔ Rumah yang mempunyai haiwan peliharaan

Penulen Udara ATMOSPHERE Kuasa untuk Mengubah Persekitaran Anda. 



Soalan Yang Sering Ditanya.

Berapa besarkah satu mikron? Bolehkah saya melihatnya dalam
udara?
Satu mikron ialah satu per sejuta daripada semeter. Penulen Udara ATMOSPHERE menyingkirkan partikel sekecil 0.009 mikron, iaitu kirakira 1,800 kali lebih kecil daripada hujung pin yang tajam. Sebutir debunga ialah 30 mikron, bahan sampingan hama habuk ialah 10 mikron, bulu binatang peliharaan ialah 90 mikron, partikel asap ialah 0.2 mikron, dan virus boleh menjadi sekecil 0.02 mikron. Mata manusia yang dilatih hanya boleh melihat bahan cemar yang bersaiz kira-kira 50 mikron.

Bolehkah kita mengguna ATMOSPHERE dalam seting komersial,
contohnya, di bar atau restoran secara efisen?
Penulen Udara ATMOSPHERE adalah bertujuan untuk diguna dalam rumah dan persekitaran komersial yang ringan sahaja seperti pejabat atau kedai runcit. Penulen Udara ATMOSPHERE adalah direka untuk bilik bersaiz sehingga 390 kaki persegi atau 36 meter persegi,berdasarkan pada ketinggian siling yang standard iaitu 8 kaki atau 2.4 meter. Ia bukan untuk diguna dalam persekitaran perindustrian, kilang atau bar, kerana saiz bilik yang besar dan sumber pencemaran yang berterusan. Kegunaan dalam persekitaran yang tidak sepatutnya akan dianggap penyalahgunaan produk dan boleh mengakibatkan prestasi yang teruk dan hayat penuras yang singkat.

Adakah sistem ini mempengaruhi suhu bilik?
Operasi penulen udara tidak mempengaruhi suhu bilik. Penulen udara menggalakkan peredaran udara di dalam bilik dengan mengurangkan perbezaan suhu berhampiran siling dan lantai, dan menjadikan suhu bilik lebih sekata (kesan peredaran).

Bagaimana saya boleh pastikan bahawa Penulen Udara ATMOSPHERE benar-benar berkesan menyingkirkan kebanyakan partikel bahan cemar yang mungkin wujud daripada udara dalam sebuah bilik?
Persatuan Pengilang Peralatan Rumah (AHAM) telah mengesahkan Kadar Pengeluaran Udara Bersih (CADR) Penulen Udara ATMOSPHERE untuk menyingkirkan asap, habuk dan debunga bawaan udara melalui ujian makmal bebas. CADR telah diterima secara meluas sebagai ukuran sah untuk membandingkan prestasi pembersih udara mudah alih dan telah dikaji dan dirujuk oleh US. Federal Trade Commission dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S.

Apa itu “CADR” dan apakah CADR bagi ATMOSPHERE?
CADR adalah singkatan bagi Clean Air Deliver Rate (Kadar Pengeluaran Udara Bersih) dan adalah pengesahan prestasi yang mengukur jumlah udara yang ditulenkan yang sebuah sistem rawatan udara boleh keluarkan dalam masa seminit. Ramai yang menganggap ia sebagai kaedah terbaik untuk menentukan prestasi awal pembersihan bilik oleh sistem rawatan udara mudah alih kerana ia mencabar seluruh sistem rawatan udara dengan bahan cemar yang biasa di rumah kita seperti asap, habuk, dan debunga. Ujian dilakukan dalam bilik sebenar dan telah dikaji dan dirujuk oleh US. Federal Trade Commission dan Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. 

Adakah Penulen Udara ATMOSPHERE menuras virus Avian Influenza (Selesema Burung)?
Ya, Penulen Udara ATMOSPHERE boleh menuras secara berkesan pelbagai virus, termasuk virus Influenza A. Model komputer meramalkan bahawa virus Influenza A akan dituras sebanyak 99.992%. Oleh kerana virus selesema Avian adalah dalam kelas virus Influenza A, Penulen Udara ATMOSPHERE boleh menuras virus Avian Influenza secara berkesan. Walau bagaimanapun, oleh kerana cara pendedahan yang utama bagi virus ini ialah menerusi sentuhan fizikal, bukan sedutan, Penulen Udara ATMOSPHERE tidak seharusnya diguna sebagai satusatunya cara perlindungan terhadap virus Influenza A.

Adakah itu bermakna Penulen Udara ATMOSPHERE boleh melindungi kita daripada mikrob penyebab penyakit bawaan udara seperti selesema Avian?
Tidak, Penulen Udara ATMOSPHERE boleh membantu mengurangkan risikonya, tetapi ia hanya boleh merawat udara yang disedut ke dalam sistem. Ia tidak boleh melindungi seseorang daripada batuk atau bersin oleh orang yang berdekatan. Banyak penyakit virus pernafasan juga tersebar melalui sentuhan tangan dengan orang lain atau daripada permukaan keras, seperti tombol pintu.

Bolehkah bakteria dan virus yang terperangkap dalam penuras membiak dan terlepas semula ke dalam udara?
Tidak. Virus memerlukan sel hidup untuk membiak, sementara bakteria dan virus memerlukan air dan juga nutrien untuk membiak. Kebanyakan bakteria dan virus patogenik dimusnahkan akibat penyahhidratan yang disebabkan oleh aliran udara menerusi penuras. Penuras HEPA juga mempunyai sejarah penggunaan yang panjang dalam aplikasinya seperti wad pengasingan hospital, untuk mencegah mikrob bawaan udara daripada merebak.

Bolehkah Penuras HEPA dan Penuras Bau boleh diguna semula jika dicuci?
Penuras HEPA dan Penuras Bau tidak boleh dicuci atau diguna semula.Lampu monitor dan penggera akan memaklumkan kepada anda bila penuras perlu diganti. Penuras HEPA dan Penuras Bau mesti diganti dengan penuras baru. Selepas anda menggantikan penuras atau selepas membersihkan Prapenuras, sentiasa pastikan monitor penuras diset semula.


Jujur. Ikhlas. Demi Kesihatan Bersama



HUBUNGI KAMI SEGERA DI TALIAN 016-6468152 UNTUK KETERANGAN LANJUT